Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

CHOLA: BERTELUR SEBIJIK RIUH SEKAMPUNG!

'CHOLA: BERTELUR SEBIJIK RIUH SEKAMPUNG!'




Bendera Pandyan




Saya ingin berbicara sedikit mengenai sejarah orang Tamil dan kerajaan Pandya atau Pandyan. Mungkin ada yang tidak perasan bahawasanya kerajaan Pandya juga sebenarnya adalah sebuah kerajaan Tamil di selatan India. Berbeza dengan Chola, kerajaan Pandya semasa era kegemilangannya tidak pernah menjalankan dasar perluasan kuasa hingga ke Asia Tenggara setakat yang saya tahu. Paling jauh yang pernah mereka tawan adalah utara Sri Lanka. Kerajaan Pandya juga sering bermusuh dengan kerajaan Chola walau mereka dari bangsa yang sama.




Era Kejatuhan Chola

Malah dalam banyak peristiwa sejarah di selatan India dan Sri Lanka, kerajaan Pandya banyak kali mengadakan pakatan dengan Sri Lanka dan Srivijaya bagi mengalahkan Chola. Ibu kota kerajaan ini adalah terletak di Madhurai yang masih wujud hingga kini. Boleh dikatakan kerajaan Pandya ini kurang aggressive berbanding Tamil Chola. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, kerajaan Srivijaya juga pernah membantu kerajaan Pandya untuk mendapatkan semula ibu kota mereka Madhurai dari cengkaman Chola.




Sebuah kuil di Madurai, Ibu Kota Pandyan

Satu persoalan disini ialah mengapa tiada orang-orang Tamil di Negara kita yang menyebut tentang raja-raja dari kerajaan Pandya ini? Mereka juga Tamil bukan? Seolah-olah hanya kerajaan Chola sahajalah kerajaan Tamil yang pernah wujud di dunia ini. Malah kerajaan Cherras juga sebuah kerajaan Tamil yang kerap bermusuhan dengan kerajaan Chola juga tidak disebut oleh mereka. Tidakkah mereka tahu menjelang kurun ke 12 Chola hampir tidak wujud lagi kerana ditawan, diserang dan dimusnahkan dengan teruk oleh Pandya? Nampak sangat bahawa segolongan Tamil yang heboh mengklaim pelbagai sejarah Melayu ini tidak arif malah mungkin tidak tahu tentang sejarah dinasti-dinasti bangsa mereka sendiri, tetapi ada hati untuk mengubah sejarah bangsa lain.


Empayar Melayu Srivijaya


Hinggakan ada yang mendakwa Raja Raja Cholan adalah Raja yang paling hebat yang pernah wujud di dunia malah dialah yang membina kerajaan Kedah Tua itu. Sehebat manakah Raja Raja Cholan ini? Lebih hebat dari Hammurabi Raja Babylon atau Ramsis 3 kerajaan Mesir kuno? Adakah sehebat Julius Caesar dari Rom dan Alexander The Great dari Macedonia? Setahu saya empayar Chola tidaklah sebesar mana dan tidak pernah pun berjaya melawan atau menyekat kemaraan kerajaan-kerajaan orang Kannada di Timur India dan orang Indo-Aryan dari utara India. Tetapi lagaknya bagai 'ayam, bertelur sebijik riuh sekampung'! Tambahan pula catatan Dinasti Song ada menyebut bahawa RajaRaja Cholan telah menghantar sembah dan ufti kepada Maharaja China, inikah yang dikatakan Raja terhebat dunia?  Sebaliknya empayar Srivijaya pernah menaungi hampir seluruh Asia Tenggara, malah pernah membuka koloni hingga ke Madagaskar dan Afrika timur. Sekian.

~ASJ~





Sumber:



·         History, Religion and Culture of India, Volume 2, edited by S. Gajrani.



·         An Atlas and Survey of South Asian History, Karl J. Schmidt.

LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.