Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

Punca Kejatuhan Yahudi Zaman Kuil Nabi Sulaiman: Allah Mempunyai Isteri

'Punca Kejatuhan Yahudi Zaman Kuil Nabi Sulaiman: Allah Mempunyai Isteri'

Sila Like: Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad[1]

Kejatuhan bangsa Yahudi ketika zaman sebelum Nabi Muhammad mengandungi banyak pengajaraan yang boleh dititikberatkan. Dalam kitab Nevi'im (Perjanjian Lama), terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang Asherah:

"Dia (Manasseh) mengambil patung Asherah yang diukir pada tiang dan meletakkannya di dalam kuil yang merupakan wahyu Yahweh kepada Daud dan Sulaiman, 'di dalam kuil ini dan Baitulmaqdis yang Aku telah pilih demi semua suku Israel, Aku akan meletakkan Nama Aku selama-lamanya.'" – 2 Raja-Raja 21:7.

Berdasarkan konteks, ayat ini menceritakan tentang pemujaan berhala Raja Manasseh. Antara kemungkaran yang dibuat ialah membakar anakandanya dalam satu sesi korban, mengamalkan tilikan, dan membina mazbah Baal dan ukiran tiang Asherah. Dalam ayat seterusnya, Bani Israel diingati agar menepati syariat-syariat Nabi Musa, agar dapat berkekalan. Tetapi Raja Manasseh menyesatkan suku Bani Israel ini, dan mereka membuat kerosakan pada tahap lebih teruk berbanding golongan yang Yahweh musnahkan sebelum Bani Israel.

"Manasseh, Raja Judah, telah melakukan semua dosa-dosa besar ini. Dia telah membuat lebih kerosakan berbanding puak Amorit sebelum mereka dan membawa Judah ke lembah dosa dengan berhala-berhalanya." – 2 Raja-Raja 21:11.

Beribu-ribu tahun selepas kematian Manasseh, satu galian telah dibuat di Israel yang menemui patung-patung dan juga doa-doa yang merujuk konsep "pasangan Tuhan", iaitu Tuhan mempunyai isteri. Penggalian di Tel Motza sebenarnya tidak jauh di Israel, yang membongkarkan berhala-berhala haiwan dan manusia tanahliat daripada zaman Kuil Nabi Sulaiman.

"Demikianlah wahyu Yahweh, 'aku akan membinasakan Baitulmaqdis dan Judah sehingga sesiapa yang mendengari kisah ini akan berasa gerun." – 2 Raja-Raja 21:12.

"Aku akan meninggalkan sisa-sisa warisan-Ku dan mereka kepada musuh mereka. Mereka akan dirompak dan dijarah musuh mereka." 2 Raja-Raja 21:14.

Wilayah suku Manasseh kemudiannya ditawan kerajaan Assyria yang mengundang pembuangan mereka, justeru sejarah mereka hilang. Kini beberapa kumpulan yang mengakui turun temurun bangsa mungkar ini, bersama dan tanpa sokongan rabai. Antaranya ialah kaum Shomronim (Samaritan) dan puak Thadou di India yang mengakui diri Bani Menashe.

Agak mengejutkan apabila satu puak yang dilindungi Tuhan tiba-tiba dikerumuni dan dihancurkan musuh. Jika dilihat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, perkara ini pernah berlaku sekali iaitu dalam Pertempuran Uhud. Umat Islam Madinah ditewaskan kaum Quraisy Mekah. Tetapi atas "kepala" Islam pada ketika itu yang darah dagingnya mengalir suci, umat Islam berjaya mematahkan musuh pada ketika kaum Manasseh gagal.

Di penggalian Khirbet el-Qom, golongan pengkaji menemui nama YHWH (Yahweh) bersama ukiran wanita, iaitu Asherah. Penemuan ini menunjukkan suatu penyembahan kepada kedua-dua pihak ini. Sementara tulisan yang dijumpai Kuntillet Arjud pula dikhususkan kepada YHWH dan Asherah-Nya.

Secara perlahan-lahan, terdapat pelbagai bukti yang mengisahkan penyembahan Bani Israel kepada beberapa dewa dibawah "Dewa Penaung" iaitu Yahweh. Perkara ini tiada beza dengan mitologi Yunani, dimana "Dewa Penaung" Zeus mengetuai barisan tuhan-tuhan Hera, Poseidon, Demeter, dan sebagainya. Asherah mempunyai tempat dalam "Penaungan Bani Israel".

Penyembahan Asherah diceritakan ayat Kitab Nevi'im dan kini dikukuhkan dengan sains. Jika digaulkan dua media ini, Asherah dilihat disembah sebagai isteri Yahweh, sekaligus mengetuai barisan-barisan dewa. Sejarah ini pula dibuang apabila ajaran Tauhid dikembalikan pada abad keenam hingga kelima Sebelum Masihi.

– AFDS –

Related Posts

  • 80

    Bila berbicara soal hak terhadap sesebuah Negara, tidak boleh lari daripada perbincangan sejarah yang terdapat di tempat tersebut. Dengan memahami sejarah tersebut, kita akan dapat mengenalpasti siapa yang paling layak memiliki kawasan tersebut. Apa yang pasti, perebutan Kota Al-Quds (Jurusalem) berlaku di antara tiga agama samawi; iaitu islam, nasrani (Kristian) dan yahudi. Namun, melihat pada…

    Tags: yang, dan, di, nabi, mereka

  • 76

    1. Nabi Muhammad S.A.W (570 – 632 Masihi) Seperti biasa, sudah pasti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menduduki tangga teratas. Daripada seorang ummi yang tidak tahu membaca, baginda menjadi seorang jeneral perang yang hebat, seorang ahli politik yang disegani dan pemimpin agung umat Islam. Ketika mula memasuki Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda menyatukan…

    Tags: yang, dan, di, dalam

  • 71

    Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya), dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk, dan yang menumbuhkan rumput-rumputan, lalu dijadikan-Nya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman. Kami akan membacakan (Al Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. Al A´laa…

    Tags: dan, yang, di, mereka, kepada

  • 71

    Latarbelakang The Patriots   Download PDF Profile   The Patriots merupakan sebuah organisasi yang diasaskan pada Disember 2013. Diawal penubuhan, idea The Patriots adalah untuk mengumpulkan individu-individu yang berlainan latarbelakang, bidang dan kepakaran untuk berada di atas satu platform perjuangan yang sama iaitu membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dari segi zahir mahupun lahir. Objektif awal The…

    Tags: dan, yang, di

  • 71

    MELAYU, TAMADUN AGUNG SUMERIA DAN NABI NUH A.S Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang…

    Tags: yang, dan, di, ini

Like this Article? Subscribe to Our Feed!

comments

References

  1. ^ Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad (www.facebook.com)
LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.