Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

Etnik Bidayuh, Sarawak, Borneo

'Etnik Bidayuh, Sarawak, Borneo'

Sila Like: Borneo Oracle[1]

Etnik Bidayuh merupakan antara etnik Dayak kedua terbesar di Sarawak Bumi Kenyalang. Seperti kebanyakan etnik-etnik Dayak di Sarawak, etnik Bidayuh juga kaya dengan adat warisan serta kebudayaan mereka yang tersendiri. Populasi etnik Bidayuh sebenarnya ramai terdapat di sekitar Kuching, ibukota bagi Sarawak Bumi Kenyalang terutama sekali di kawasan Serian. Namun begitu seperti juga kebanyakan etnik-etnik Dayak Sarawak, etnik Bidayuh juga mempunyai pertalian yang amat rapat dengan etnik Dayak Bidayuh dari Kalimantan, Republik Indonesia.

Bila berbicara mengenai etnik Bidayuh maka tidak boleh tidak kita harus memperjelaskan bahawa etnik Bidayuh juga mempunyai pecahan sub-etniknya seperti berikut:

1. Bidayuh Selako / Lara yang ramai mendiami Daerah Lundu, Kuching.

2. Bidayuh Jagoi / Singai yang ramai mendiami Daerah Bau, Kuching.

3. Bidayuh Biatah yang menghuni Daerah Kecil Padawan.

4. Bidayuh Bukar / Sadong yang populasinya tertumpu di Daerah Serian, Kuching.

Menurut sejarahnya diceritakan bahawa asal keturunan kepada etnik Bidayuh ini adalah bermula daripada sekelompok individu dayak yang berpindah randah yang mana dikatakan bahawa nenek moyang kepada etnik Bidayuh di Sarawak sekarang adalah berasal daripada sebuah daerah yang bernama Sungkung berdekatan dengan Gunung Sijakng Singulikng di Kabupaten Bengkayang. Nenek moyang etnik Bidayuh ini pula bernama Siang Nuk Nyinukgn. Daripada keturunan Siang Nun Nyinukng yang melakukan penghijrahan inilah mereka menjadikan Sarawak sebagai tempat tinggal bagi keseluruhan keturunan mereka.

Menurut cerita dikatakan Siang Nuk Nyinukgn ini mempunyai 10 orang anak dan kesemua mereka melakukan penghijrahan di daerah-daerah yang berlainan di seluruh Borneo pada suatu waktu dahulu. Penghijrahan 10 anak Siang Nuk Nyinukgn ini telah memungkinkan sub-sub etnik Bidayuh itu terbentuk dan penghijrahan mereka bermula dengan Lipot Limang telah melakukan penghijrahan ke wilayah Sebukit Kecamatan Siding, Kabupaten Bengkayang, Kalimantan Barat. Anak kedua iaitu Biu Samak Milib telah melakukan penghijrahan ke wilayah Janggoi Sikalo, Subah Belatak, Jagoi Bung Jawid iaitu satu kawasan yang terletak di daerah Bau, Sarawak.

Kemudian anak yang ketiga yang bernama Buta' Sebangam pula telah berpindah ke wilayah Lara Senayukng, Sangau dan Beliok. Aloi No'nian telah memulakan penghijrahan ke Daerah Stas, Sarawak. Maka' Kos Mu' Layankng dan Gonkng Maluoi berhijrah ke kawasan bernama Gumbang, Bau, Sarawak. Kemudian yang bernama Manggang pula berpindah ke wilayah Siding, Kecamatan Siding, Kabupaten Bengkayang. Slutok Slunkng berhijrah ke Daerah Menyuke, Kabupaten Landak. Titi Ayunt memulakan penghijrahan ke Daerah Guun, Sarawak. Tu'Laju pula berpindah ke Daerah Biak, Sarawak. Dan anak yang bongsu adalah Asangkong yang memulakan penghijrahan ke sempadan Sarawak.

Penghijrahan 10 anak-anak dan keturunan Siang Nuk Nyinukgn ini sebenarnya adalah untuk mencari tanah pamah yang subur untuk diusahakan seperti padi bukit dan sebagainya. Selain daripada itu seperti diketahui bahawa dahulu etnik Dayak Borneo sememangnya terkenal dengan perang perluasan wilayah yang membenarkan perang ngayau berlaku antara etnik Dayak berlaku. Hanya dengan cara berpindah ke tempat yang lebih aman jauh dari sengketa barulah survival etnik Bidayuh akan terus ada seperti yang kita ketahui sekarang.

Dari segi bahasa etnik Bidayuh pula sebenarnya terbahagi kepada beberapa dialek berdasarkan kepada penempatan serta sub etnik mereka. Jika di Daerah Lundu, dialek Bidayuh yang digunapakai adalah dialek Bidayuh Jagoi, Bidayuh Salako dan Bidayuh Lara. Sekiranya di kawasan penempatan seperti Bratak, Singai, Krokong dan Jagoi dialek Singai-Jagoi yang dipertuturkan. Untuk kawasan Penrissen mereka mempertuturkan dialek Bisitang dan di kawasan Penrissen di penempatan Kampung Bunuk pula etnik Bidayuh disini mempertuturkan dialek Bunuk atau Segu-Benuk.

Di Siburan pula lebih kepada dialek Bidayuh Biatah. Untuk etnik Bidayuh yang mendiami kawasan sempadan Malaysia/Indonesia seperti di Tebakang, Mongkos, Tebedu sehingga ke Tanjung Amo pula lebih gemar menjadikan dialek Bukar-Sadong sebagai bahasa pertuturan mereka. Dan akhir sekali di Padawan masih ada kelompok-kelompok kecik etnik Bidayuh yang menggunakan dialek seperti Bi-anah, Pinyawa, Braang, Bia', Bisepug serta Bipuruh. Inilah keunikan pada bahasa-bahasa bagi etnik Bidayuh yang sudah tentu ramai tidak mengetahuinya

Jika etnik Iban, penempatan mereka lebih kepada persisiran sungai namun untuk etnik Bidayuh penempatan mereka sejak dari dahulu lagi terletak di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini kerana suatu waktu dahulu etnik Bidayuh lebih mengutamakan keselamatan agar penempatan mereka sukar dikesan oleh musuh. Etnik Bidayuh juga tinggal di rumah panjang seperti etnik Iban. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang ini pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 'bilik utama','awah' dan 'tanju'. Bilik utama bolehlah dihuraikan seperti ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini, lazimnya mereka akan meletakkan barangan peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur keluarga. 'Awah' pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ianya berfungsi berandah rumah pada masa sekarang.

Di "awah" pula lebih berfungsi satu tempat untuk menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang dan ianya agak terdedah dan tidak berbumbung dan berdinding. Disinilah aktiviti seperti menjemur padi, lada dan banyak lagi dijalankan.

Setelah kedatangan agama di bumi Borneo, rata-rata etnik Bidayuh telahpun menganuti agama Kristian sebagai panduan penghidupan mereka. Namun begitu dahulunya mereka juga menganuti agama pagan atau animisme dan ada sesetengah ritual dari agama nenek moyang mereka ini masih lagi dipraktikkan. Agama pagan yang dianuti dahulu adalah kepercayaan etnik Bidayuh pada alam roh. Di dalam kepercayaan alam roh ini, mereka mempercayai bah makhluk halus juga tinggal bersama-sama dengan manusia samada di bumi, air dan sebagainya. Setiap alam roh ini mempunyai tugas masing-masing dan mereka juga mempunyai keperluan yang sama dengan manusia yang hidup di dunia. Dan kerana itulah sehingga sekarang etnik Bidayuh amat menghormati alam sehingga membenarkan mereka masih lagi mengamalkan ritual-ritual yang dibenarkan mengikut anutan kristianiti mereka.

Inilah sekelumit informasi di dalam kita cuba mengenali satu lagi etnik Dayak kedua terbesar di bumi Sarawak iaitu etnik Bidayuh. Jika dahulunya mereka hanya menjadi petani tetapi sekarang sudah ramai cerdik pandai di kalangan masyarakat Bidayuh Sarawak dan ada yang sudah menempa nama di persada dunia seperti jaguh sukan renang Malaysia Pandalela Renong dan tidak ketinggalan wanita kebanggaan Sarawak dan Malaysia yang baru-baru ini telah mewakili Malaysia di dalam Pertandingan Miss World 2014. Dewi Liana Seriestha yang menjadi teaser artikel Etnik Bidayuh, Sarawak, Borneo ini.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

#KamekSayangSarawakBah[2]!

Related Posts

  • 68

    Etnik Seru, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama etnik ini kerana dikatakan etnik ini dikatakan sudah lenyap di bumi Sarawak. Budaya dan warisan etnik ini juga dikatakan tiada lagi di bumi Sarawak sekarang untuk kita sebagai bangsa Sarawak cuba mengenal etnik ini. Untuk sumber informasi perkongsian daripada Borneo Oracle kali ini, kami akan cuba…

    Tags: etnik, yang, di, sarawak, ini, dan

  • 67

    Etnik Lugat merupakan salah satu daripada etnik minoriti di Sarawak Bumi Kenyalang dan mereka merupakan antara sub-etnik yang membentuk apa yang digelar Kaum Orang Ulu Sarawak sekarang. Kerana kurangnya informasi mengenai mereka ini jadi sudah mungkin ramai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khususnya mungkin tidak mengetahui kewujudan etnik ini di bumi Sarawak. Jika dilihat…

    Tags: etnik, di, yang, mereka, sarawak, dan

  • 67

    Sila Like: Borneo Oracle Etnik Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang. Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk Kaum Orang Ulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung dibawah sebagai sub-etnik. Seperti sejarah penghijrahan kebanyakan Kaum Orang Ulu Sarawak, etnik Penan juga berasal dari satu kawasan legenda…

    Tags: yang, etnik, mereka, di, dan

  • 66

    Bukitan atau Baketan merupakan salah satu etnik peribumi di Sarawak Bumi Kenyalang. Populasi etnik ini ramai terdapat di bahagian Bintulu. Walau bagaimanapun, etnik minoriti ini sebenarnya sedang diancam kepupusan. Dikatakan salah satu penyebab kepada ancaman kepupusan ini adalah kerana terdapatnya adat perkahwinan campur yang diamalkan sejak dari dahulu lagi. Perkahwinan campur dengan etnik-etnik lain di…

    Tags: etnik, di, ini, mereka, sarawak, dan, yang, ke

  • 65

    Bila berbicara soal hak terhadap sesebuah Negara, tidak boleh lari daripada perbincangan sejarah yang terdapat di tempat tersebut. Dengan memahami sejarah tersebut, kita akan dapat mengenalpasti siapa yang paling layak memiliki kawasan tersebut. Apa yang pasti, perebutan Kota Al-Quds (Jurusalem) berlaku di antara tiga agama samawi; iaitu islam, nasrani (Kristian) dan yahudi. Namun, melihat pada…

    Tags: yang, dan, di, mereka

Like this Article? Subscribe to Our Feed!

comments

References

  1. ^ Borneo Oracle (www.facebook.com)
  2. ^ #KamekSayangSarawakBah (www.facebook.com)
LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.