Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

PELANTAR MINYAK PETRONAS JADI KUBU PERTAHANAN

'PELANTAR MINYAK PETRONAS JADI KUBU PERTAHANAN'

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sudah pun mengumumkan persetujuan ke atas cadangan penyediaan kapal induk dan platform dan bajet sebanyak RM200 juta untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini.

2.Saya difahamkan platform tersebut merupakan pelantar-pelantar minyak milik Petronas yang akan dinaik taraf menjadi pelantar yang akan menempatkan unit-unit tentera atau polis bagi mengawal sempadan negara.

3.Kemungkinan sebanyak dua atau tiga pelantar minyak akan dinaik taraf atau diubah suai untuk tujuan itu yang akan menempatkan kontena-kontena penginapan, radar, alat komunikasi, senjata api, kren pembawa kru dan tempat penyimpanan bot-bot pemintas.

4.Malaysia dengan ini menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menggunakan pelantar-pelantar minyak yang dinaik taraf sebagai platform pertahanan.

5.Konsep menggunakan pelantar minyak sebagai alat pertahanan bukanlah konsep baru dan pernah diperkenalkan dalam satu kertas kerja milik United States Naval War College pada tahun 1979 dahulu.

6.Terdapat dua jenis platform minyak yang boleh digunakan untuk pelantar pertahanan pada waktu aman iaitu yang bersifat statik dan bersifat "mobile", yang paling popular terdiri dari jeniskan semi-submersible dan jack up yang banyak digunakan Petronas sekarang ini.

7.Pada waktu pengoperasian minyak, pelantar ini boleh memuatkan seramai 30 kru tetapi saya yakin selepas dinaik taraf, seramai lebih kurang 100 anggota boleh dimuatkan beserta dengan sebuah helikopter.

KONSEP INI BAGAIMANAPUN DIKATAKAN TIDAK SESUAI

8.Seorang konsultan pertahanan yang dihubungi saya melahirkan pendapat, walaupun ideanya merupakan satu konsep yang agak revoulusi dalam konteks Malaysia tetapi ia tidak sesuai dengan keadaan ancaman pengganas Sulu di Esscom.

9.Beliau yakin, pelantar-pelantar yang mahu diberikan oleh Petronas itu terletak di luar pesisiran pantai dan cadangan yang dilontarkan sudah pasti berkait rapat dengan pencerobohan Sulu dan bukan untuk menangani ancaman luar.

10.Katanya, ancaman sekarang datang dari kepulauan di bawah penguasaan Filiphina yang terletak begitu rapat dengan sempadan Malaysia.

11.Masih terdapat penyelesaian yang lebih mudah seperti penggunaan bongkah-bongkah konkrit terapung (floating concrete slan base) yang mungkin menelan belanja sekitar RM30 juta sahaja dan bebas dari masalah pengkaratan dan ini menjimatkan wang.

12.Penggunaan pelantar minyak yang mana, kediaman anggota tentera yang terletak lebih tinggi dari permukaan laut akan menyebabkan reaksi masa bertindak agak lewat.

13.Secara teorinya, setiap bot dan anggota tentera akan diturunkan ke permukaan dengan menggunakan kapsul yang diangkut oleh kren dan proses penurunan ini memakan masa antara lima hingga 10 minit.

14.Kren itu sendiri memerlukan "maintenaince" yang rapi dan tekniksyen yang berpengalaman untuk memastikan ia sentiasa berjalan lancar.

 
KEBAIKKAN PELANTAR MINYAK

15.Keburukan dan kebaikkan pelantar pertahanan statik bagi menampung kekurangan kapal-kapal peronda di Malaysia merupakan perkara yang memerlukan kajian.

16.Dari satu sudut, pelantar minyak yang dinaik taraf ini menyediakan stesyen pertahanan dan kediaman yang lebih stabil dari kapal-kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersifat "MONOHULL" dan terdedah kepada keadaan Role, Pitch and Yaw.

17.Ia juga menyediakan kesinambungan hidup yang lebih lama berbanding kapal dengan jangka masa berbulan-bulan seperti bekalan air, bahan api, pembuangan grey water (najis dan air terpakai) berbanding kapal yang hanya mampu membawa bekalan air untuk kru dalam jangka masa kurang dari dua minggu.

18.Bekalan tenaga elektrik boleh disalurkan melalui generator petrol, diesel atau menggunakan tenaga solar dan ombak atau kincir angin.

19.Seorang bekas jurutera Petronas ketika dihubungi saya memberitahu, walaupun pelantar-pelantar ini terletak di luar pantai, ia tidak ada masalah untuk ditunda ke kawasan air cetek kerana kedudukan "hull" atau tapaknya yang tidak dalam.

20.Malahan beberapa buah pelantar terpakai telah dijual kepada orang awam untuk dijadikan hotel dan restoran di sekitar Labuan dan Sipadan seperti yang dimiliki oleh Seaventures Dive Resort.

Pelantar minyak yang dijadikan resort menyelam di Sabah. Mungkinkah pendekatan yang serupa boleh diguna pakai untuk ESSCOM?

Pelantar minyak yang dijadikan resort menyelam di Sabah. Mungkinkah pendekatan yang serupa boleh diguna pakai untuk ESSCOM?

21.Pelantar-pelantar ini apabila dijadikan kubu terapung akan dikekalkan kepada lokasi yang ditentukan melalui sauh yang diikat pada sudut tertentu.

KONSEP PELANTAR MINYAK PADA PERANG DUNIA KEDUA

Modul atau platform Maunsell semasa Perang Dunia Kedua

Modul atau platform Maunsell semasa Perang Dunia Kedua

1280px-KnockJohn

Modul Maunsell hari ini, terbiar sepi sebagai monumen

22.Walaupun tidak boleh diklafikasikan sebagai pelantar minyak tetapi platform-platform ini sudah mula menguasai lautan sejak dari Perang Dunia Kedua lagi seperti modul Maunsell yang dibina di kawasan sungai Thames sebanyak empat buah iaitu Rough Sands, Sunk Head, Tongue Sands dan Knock John.

23.Kesemua platform ini dilengkapi dengan pelbagai senjata dan berjaya menembak jatuh sebanyak 22 pesawat Jerman dan 30 peluru berpandu Nazi atau "Flying Bomb".

Konsep yang sama dan dijadikan pelantar anti pesawat di laut oleh British semasa Perang Dunia Kedua

Konsep yang sama dan dijadikan pelantar anti pesawat di laut oleh British semasa Perang Dunia Kedua

LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.