Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

PEMBINAAN KAPAL PERANG TERBARU MALAYSIA DIMULAKAN TAHUN INI

'PEMBINAAN KAPAL PERANG TERBARU MALAYSIA DIMULAKAN TAHUN INI'

Gambaran LCS Malaysia dari kelas Gowind (GAMBAR DARI INTERNET)

Gambaran LCS Malaysia dari kelas Gowind (GAMBAR DARI INTERNET)

1. Impian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyaksikan kapal perang berkonsepkan Littoral Combat Ship (LCS) sudah hampir menjadi kenyataan apabila kontrak pembinaan kapal itu ditandatangani pada bulan ini.

2. Kontrak bernilai RM9 bilion itu ditandatangani antara TLDM dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

3. Mengikut kontrak tersebut, Boustead perlu merekabentuk dan membina kapal perang LCS sebanyak enam buah kepada TLDM.

4. Walaupun butiran kontrak masih lagi misteri, saya menjangkakan kapal pertama akan dibina pada tahun ini dan dijangka siap sekitar tahun 2018.

5. Tempoh pembinaan dan penghantaran keenam-enam buah kapal akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun (perghh lama gila)

6. Jika mengikut butiran awal, TLDM telah pun memilih rekabentuk konsep baru yang diperkenalkan Peranchis iaitu Gowind.

7. Kapal perang Gowind ini apabila memasuki perkhidmatan TLDM akan menjadi kapal perang terbaik dalam kelasnya dan mampu menandingi keupayaan kapal jenis Delta milik Singapura.

8. Ini disebabkan Gowind direka untuk menandingi kapal-kapal perang lebih besar dan canggih milik kuasa-kuasa besar yang menunjukkan minat mereka terhadap rantau ini.

9. Dengan berat sehingga 3,000 tan, keupayaan frigate kelas Gowind ini sudah menandingi mana-mana kapal milik negara jiran tertangga seperti Indonesia-Sigma (1,692 tan), Singapura-Delta (3,200 tan).

10.Berbanding dengan saiz negara yang berkeluasan 329,847 kilometer persegi (darat) dan kawasan maritim sepanjang 2,607 kilometer, ternyata kemasukkan enam buah kapal perang ini akan menjadikan Malaysia sebagai kuasa maritim yang disegani.

11.Sehingga sekarang TLDM mempunyai empat buah kapal frigate dalam perkhidmatannya iaitu dari Kelas Lekiu (dua buah) dan Kelas Kasturi (dua buah).

12.Saya tidak mempunyai butiran secara terperinci pemindahan teknologi yang diperolehi oleh Boustead selain dari pembinaan sebahagian daripada kapal-kapal perang tersebut akan dibuat di limbungan Boustead di Lumut.

13.Serentak dengan itu, Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) yang akan berjalan mulai tahun 2015 juga akan menyaksikan kapal-kapal perang Meko 100 sebanyak enam buah yang terdiri dari KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor akan dinaik taraf.

14.Butiran naik taraf untuk kapal-kapal ini juga masih kabur selain daripada cadangan pemasangan senjata-senjata yang lebih berkeupayaan untuk kapal jenis ini.

LCS milik US, Gowind Malaysia kecil sedikit dari kapal ini

LCS milik US, Gowind Malaysia kecil sedikit dari kapal ini

CIRI-CIRI GOWIND TLDM

15.Gowind telah pun memenangi tender kapal perang TLDM dan menewaskan dua lagi pesaing iaitu Meko A100 dan Kelas Sigma.

16.TLDM menggariskan beberapa spesifikasi untuk frigate Gowind yang ditempahnya.

17.Ia akan berada dalam kategori frigate dan sedikit kecil dari kapal Littoral Combat Ship milik Amerika Syarikat.

18.Berat 3,000 tan dengan kelajuan maksima 38 knots dan mampu meronda sejauh 5,000 nautika batu dengan kemampuan untuk beroperasi selama 21 hari atau 3 minggu.

19.Kapal frigate tercanggih milik TLDM ini akan dipasang dengan hangar yang berkeupayaan untuk menerima helicopter terbaru TUDM dari jenis EC725.

20.Ia akan menggunakan sistem combat SETIS dan koleksi senjatanya terdiri daripada meriam 57mm, misil MICA (vertical launch), Exocet Block 3 dan meriam kawalan jauh MSI 30mm.

21.Sebenarnya belum ada gambar atau model yang menepati ciri-ciri Gowind yang dikehendaki TLDM kerana ia merupakan kapal yang direka bentuk semula mengikuti ciri-ciri khusus yang dimahukan oleh tentera laut kita.

LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.