Lora Lossy

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim incididunt ut labore, nostrud exercitation ullamco laboris.!

Angela Johny

Yorem delly dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Mark Clerk

Woram Losy dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. incididunt ut labore, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Alex Damn

Palorm Roelm dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, incididunt ut labore sed do eiusmod tempor et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris.!

Our Blog

Etnik Vaie Segaan, Sarawak, Borneo

'Etnik Vaie Segaan, Sarawak, Borneo'

Sila Like: Borneo Oracle[1]

Melanau Vaie, Melanau Bintulu, Melayu Bintulu, Orang Bintulu, Baie atau Segaan merupakan nama lain bagi memperjelaskan satu lagi etnik yang dikenali dengan nama asalnya Vaie Segaan. Keunikannya dapat dihuraikan apabila etnik ini dikategorikan sebagai apa yang membentuk etnik Melanau sekarang berdasarkan kepada makanan ruji yang sama iaitu tepung sagu atau lebih dikenali sebagai linut serta bentuk pekerjaan mereka iaitu sebagai nelayan di persisiran pantai di Bintulu, Sarawak.

Namun hakikatnya etnik ini sebenarnya mempunyai sejarah asal keturunan serta bahasa yang AMAT BERBEZA dengan etnik Melanau yang mendiami daerah seperti Igan, Mukah, Oya dan banyak lagi.

Etnik Vaie Segaan ini populasinya ramai terdapat di Bahagian Bintulu, Sarawak dan dikatakan asal etnik ini adalah etnik yang nomad iaitu etnik yang mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka hidup nomad bagi menerokai kawasan yang mempunyai banyak pokok rumbia ataupun sagu yang menjadi makanan ruji mereka.

Menurut cerita asal keturunan etnik Vaie Segaan ini sebenarnya berasal daripada Bukit Lumut yang terletak hampir 15 kilometer daripada daerah Belaga. Malah asal nama Vaie Segaan itu sendiri sebenarnya mengikut dialek Vaie bermaksud Vaie iaitu "Orang" dan Segaan merujuk kepada sebuah kawasan di Belaga yang bernama Bukit Segaan. Penghijrahan mereka daripada kawasan Belaga bermula daripada Sungai Binyo dan kemudian ke Kemena melalui Sungai Segaan dan akhirnya membentuk beberapa penempatan secara kekal di Bintulu sekarang.

Menurut Sarawak Gazette 1879 ada melaporkan bahawa etnik Vaie Segaan ini dilaporkan sebagai satu masyarakat yang sumber ekonomi mereka adalah dengan menangkap ikan di persisiran pantai Bintulu sejak dahulu lagi.

Ada juga dinyatakan di dalam Sarawak Gazetter 1879:38, etnik Vaie Segaan inilah antara etnik yang seringkali diganggugat oleh kegiatan lanun yang berleluasa di perairan Bintulu sebelum Bintulu menjadi antara pembentuk empayar Sarawak Kingdom dibawah pemerintahan 100 tahun Rajah Brooke memerintah.

Sejarah juga membuktikan bahawa etnik Vaie Segaan inilah yang telah berjaya mengusir lanun-lanun ini sendiri dengan kekuatan dan semangat kepahlawanan mereka sebanyak 2 kali tanpa dibantu oleh mana-mana masyarakat di Sarawak. Inilah etnik Vaie Segaan yang merupakan penduduk asal kepada pembukaan Bintulu sebagai sebuah penempatan di Sarawak.

Sebenarnya etnik Vaie Segaan ini mempunyai pertalian secara langsung dengan satu lagi etnik di Sarawak iaitu etnik Kayan. Ketika adapt ngayau masih lagi menjadi antara adat perluasan wilayah bagi etnik-etnik Dayak di Borneo, etnik Vaie Segaan juga menerima nasib yang sama.

Dan kerana itulah diceritakan bahawa etnik Vaie Segaan yang dipimpin oleh seorang pemimpin wanita bernama Oyong Tija dari Lavang telah membuat perjanjian damai dengan seorang pemimpin etnik Kayan bernama Mering Bato Yang menjadi orang tengah di dalam proses pendamaian itu adalah Abang Tali Hasil daripada rundingan Oyong Tija, Mering Batu dengan usaha daripada Abang Tali inilah terdapat persempadanan wilayah yang berlaku iaitu etnik Kayan tidak dibenarkan untuk mendiami kawasan sekitar Kuala Tubau dan Sungai Jelalong.

Manakala etnik Vaie Segaan pulan tidak boleh menghuni kawasan atas Lavang dan Sungai Kemena. Kejayaan penjanjian damai inilah yang memungkin survival etnik Vaie Segaan di bumi Bintulu suatu waktu dahulu.

Dari segi bahasa pula, bahasa Vaie Segaan sangat-sangat berbeza daripada bahasa melanau yang dipertuturkan oleh mana-mana etnik melanau yang menghuni bumi Sarawak sekarang malah etnik melanau Oya, Mukah dan banyak lagi tidak memahami langsung bahasa Vaie Segaan. Bahasa Vaie Segaan sebenarnya lebih menyerupai kepada bahasa yang dipertuturkan oleh etnik Punan Lovuk Pandan dan etnik Punan Bah. Dari segi bahasa sudah menunjukkan bahawa etnik Vaie Segaan ini sendiri mempunyai keunikan yang berbeza dengan etnik Melanau Sarawak.

Dari segi agama pula, rata-rata etnik Vaie Segaan sudahpun memeluk agama Islam setelah kedatangan agama Islam di Borneo suatu waktu dahulu. Namun begitu agama nenek moyang mereka sejak ratusan tahun dahulu adalah agama pagan iaitu agama yang mempercayai kepada kekuasaan roh dan semangat.

Apabila ada satu musibah seperti gejala penyakit berlaku di kalangan masyarakat Vaie Segaan suatu waktu dahulu maka satu upacara akan dilangsungkan yang dikenali sebagai upacara "Pu" . Melalui seorang pengantara yang pakar untuk berinteraksi dengan roh akan memanggil "Ba zuu" dan setelah segalanya diatur barulah "Dakan" akan dipersembahkan untuk memindahkan musibah atau gejala penyakit kepada ritual persembahan tersebut. Setelah itu barulah "Dakan" akan dihanyutkan ke sungai atau lautan yang luas jauh daripada penghidupan masyarakat Vaie Segaan itu sendiri.

Etnik Vaie Segaan seperti etnik-etnik di seluruh Sarawak Bumi Kenyalang juga antara etnik yang mengamalkan perkahwinan campur di dalam penghidupan mereka. Ramai antara mereka telah berkahwin dengan etnik Melayu Sarawak mahupun etnik Melanau Sarawak sendiri sehingga membenarkan ada budaya-budaya sehingga adat resam etnik-etnik ini diasimilasikan menjadi adat warisan mereka yang digunapakai sehingga ke hari ini.

Inilah sekelumit ruang informasi di dalam kita cuba mengenal satu lagi etnik di bumi Sarawak yang dikategorikan dibawah etnik Melanau Sarawak iaitu etnik Vaie Segaan yang ramai terdapat di Bintulu Sarawak. Keunikan sejarah serta bahasa mereka adalah berlainan sama sekali dengan rata-rata etnik Melanau Sarawak. Kenali mereka kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta!

#KamekSayangSarawakBah[2]!

p/s: Foto artikel adalah hakmilik kepada Chabien aka. McKibben Agin.

Related Posts

  • 72

    Etnik Lugat merupakan salah satu daripada etnik minoriti di Sarawak Bumi Kenyalang dan mereka merupakan antara sub-etnik yang membentuk apa yang digelar Kaum Orang Ulu Sarawak sekarang. Kerana kurangnya informasi mengenai mereka ini jadi sudah mungkin ramai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khususnya mungkin tidak mengetahui kewujudan etnik ini di bumi Sarawak. Jika dilihat…

    Tags: etnik, di, yang, mereka, sarawak, dan

  • 71

    Sila Like: Borneo Oracle Etnik Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang. Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk Kaum Orang Ulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung dibawah sebagai sub-etnik. Seperti sejarah penghijrahan kebanyakan Kaum Orang Ulu Sarawak, etnik Penan juga berasal dari satu kawasan legenda…

    Tags: yang, etnik, mereka, di, dan

  • 66

    Etnik Seru, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama etnik ini kerana dikatakan etnik ini dikatakan sudah lenyap di bumi Sarawak. Budaya dan warisan etnik ini juga dikatakan tiada lagi di bumi Sarawak sekarang untuk kita sebagai bangsa Sarawak cuba mengenal etnik ini. Untuk sumber informasi perkongsian daripada Borneo Oracle kali ini, kami akan cuba…

    Tags: etnik, yang, di, sarawak, dan

  • 66

    Bila berbicara soal hak terhadap sesebuah Negara, tidak boleh lari daripada perbincangan sejarah yang terdapat di tempat tersebut. Dengan memahami sejarah tersebut, kita akan dapat mengenalpasti siapa yang paling layak memiliki kawasan tersebut. Apa yang pasti, perebutan Kota Al-Quds (Jurusalem) berlaku di antara tiga agama samawi; iaitu islam, nasrani (Kristian) dan yahudi. Namun, melihat pada…

    Tags: yang, dan, di, mereka

  • 64

    Latarbelakang The Patriots   Download PDF Profile   The Patriots merupakan sebuah organisasi yang diasaskan pada Disember 2013. Diawal penubuhan, idea The Patriots adalah untuk mengumpulkan individu-individu yang berlainan latarbelakang, bidang dan kepakaran untuk berada di atas satu platform perjuangan yang sama iaitu membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dari segi zahir mahupun lahir. Objektif awal The…

    Tags: dan, yang, di

Like this Article? Subscribe to Our Feed!

comments

References

  1. ^ Borneo Oracle (www.facebook.com)
  2. ^ #KamekSayangSarawakBah (www.facebook.com)
LikeTweet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Authorism Theme

Bob Olright

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Karen Smith

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.!

Jessica Bankers

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.!

Johny Lora

4th one time fitness expert, wellness writer, personal trainer, group ex health coach. I am advocates of everything good in the fitness industry and of the people who make it great!

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.