Akibat dari penurunan nilai ringgit, ramai rakyat Malaysia yang mula risau. Nilai ringgit jatuh ke tahap terendah dalam masa setahun.
Ringgit berbanding USD. Dalam tempoh setahun, USD mendadak naik |
Malam ni malas nak hujah panjang-panjang, cuma nak kongsi graf yang sama pertukaran matawang asing yang lain berbanding USD.
Matawang Euro berbanding USD, Juga USD naik mendadak |
British Pound berbanding USD. Juga USD naik dalam setahun. |
Matawang Rupiah juga menyusut berbanding USD. |
Anda boleh semak sendiri di sini : http://www.x-rates.com/graph/[1]
Sama tapi tak serupa. Matawang lain juga turun berbanding USD. Nak tahu kenapa? Cuba baca pendedahan dari Financial Times.
Baca seterusnya di sini : http://www.ft.com/intl/cms/s/0/1a923c4c-c727-11e4-9e34-00144feab7de.html#axzz3UAM5csO7[2]
Pendek kata, matawang asing jatuh kerana pengukuhan nilai USD. Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula dengan Singapura? Cuba lihat graf ini pula.
Jadi kepada mana-mana pihak yang cuba nak spin nilai ringgit jatuh kerana 1MDB atau GST atau isu-isu lain yang dibawa oleh pembangkang, mungkin graf-graf di atas boleh digunakan untuk jawab tohmahan mereka.
*Kalau nak tahu kenapa jumlah hutang negara meningkat, mungkin boleh baca penjelasan rakan MyMassa di sini : http://kelateloni.blogspot.com/2015/03/definisi-baru-hutang-luar-malaysia.html[3]
References
- ^ http://www.x-rates.com/graph/ (www.x-rates.com)
- ^ http://www.ft.com/intl/cms/s/0/1a923c4c-c727-11e4-9e34-00144feab7de.html#axzz3UAM5csO7 (www.ft.com)
- ^ http://kelateloni.blogspot.com/2015/03/definisi-baru-hutang-luar-malaysia.html (kelateloni.blogspot.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan